oi perempuan galak
suara kau teramat ghairah
bertazkirah berbincang
berdiskusi fitnah
konon pelakon utama
ayat-ayat cinta
konon bersinar
dengan cahaya keimanan
tapi sebenarnya
berpeluh hangat
baru habis sesi
anggota badan
dirogol teman lelaki
oi perempuan galak
kesepian sebenarnya
penuh dengan cacat cela sebenarnya
oleh itu kepenuhan fizikal
mencukupi waktu kini
harap pendidikan biologi
tingkatan 3 sekolah dahulu
memberi peringatan
semasa baju sudah lucut
dari kulit ke lantai rumah
oi perempuan galak
adakah kau gemar perhatian ini?
adakah ini dipanggil kasih sayang
yang kau puja?
aku memandangmu dengan sedih
untuk lima saat
sebelum mulutku mencebik
cis, hanya gadis jalanan
sedia untuk apa-apa
asalkan terasa bagus
dari tangan yang meraba
hingga ke mulut yang berapi
wahai wanita
aku tidak gemar;
ini bukan aktiviti
masa lapangku
aku tidak gemar
merasmikan forum
mencaci ini
aku tidak gemar
mengherdik
ini bukan diriku
sama juga
galak bukan
nama kurniaan
mu
tetapi kalau kau memandang aku serong lagi?
atas bawah pula?
kau suka aktiviti fizikal, bukan?
mari beri pipi.
tangan ingin berkenalan.
xxx
Let's just say... I was inspired? Heh.
Recently, I went to one of Sharon Bakar's readings and met Amir Muhammad there. I showed him this poem which he read and laughed. He said something about making a point to stay away from poetesses. "Tamparan wanita". ;)
March 2009. Gombak.








































2 comments:
OMG! hahahaha cool
hehehe i was grinning like a spastic when he said that.
Post a Comment